MMM tawar kempen jualan hebat untuk model Mitsubishi terpilih sehingga 31 Dis 2015

By  |  0 Comments

Mitsubishi_Triton_2015_Ext 036

Bagi anda yang ingin berkereta baharu sempena menyambut kedatangan 2016, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menawarkan “Mitsubishi Real Deals” iaitu kempen jualan hebat bagi model terpilih.

Kempen ini bagi tempahan sebelum 31 Disember 2015.

Yang menggemari pikap trak, pastinya Triton serba baharu pilihan yang bijak. Bagi Triton VGT Adventure, kini ditawarkan bersama rebat tunai sehingga RM2,000 dengan Adventure Sports Bar.

Kesemua Triton serba baharu turut didatangkan dengan pakej waranti selama 3 tahun. Ini termasuklah :

MItsubishi_Promotion

Selain itu, MMM turut menawarkan rebat tunai sehingga RM5,000 dan jaminan 5 tahun bagi Mitsubishi ASX. Dengan harga bermula RM104,791.87, MMM turut memperkenalkan varian baharu iaitu ASX 2WD GL. Ia turut menyertai barisan varian ASX seperti ASX 2WD dan ASX 4WD yang dijual pada harga masing-masing RM112,571.39 and RM125,040.67.

LancerGTE_Ext_04

Bukan itu sahaja, bagi yang menggemari jentera penuh bergaya dan sporty, Mitsubishi Lancer 2.0 GTE yang berharga RM115,581.63 pula ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM3,000.

MMM turut menawarkan rebat tunai sehingga RM6,000 bagi Mirage dan RM7,500 untuk Attrage. Harga atas kalan bagi Mirage ialah RM63,740.65, manakala Attrage pula RM72,853.21.

Tidak ketinggalan dalam kempen ini ialah Pajero Sport VGT SUV yang ditawarkan dengan rebat tunai sehingga RM5,000. SUV tujuh-tempat duduk ini berharga RM172,211.60.

Jangan lepaskan peluang merebut tawaran hebat ini sebelum tahun 2015 melabuhkan tirainya. Baru-baru ini MMM telah mengumumkan penstrukturan harga baharu yang akan diwar-warkan pada suku pertama 2016. Jadi, sebelum harganya naik, segeralah berkunjung mana-mana bilik pameran MMM untuk menempah model pilihan di hati.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *