Toyota Alphard dan Vellfire Royal Lounge hadir dengan varian baharu

By  |  0 Comments

Kenderaan pelbagai-guna (MPV) mewah kian popular di Malaysia sebagai limo untuk golongan kaya, sama seperti memandu kenderaan salon bersaiz besar termasuk Mercedes-Benz S-Class dan BMW 7 Series. Antara MPV mewah yang paling popular ialah Toyota Alphard dan Vellfire, selain Nissan Elgrand.

Tetapi model MPV tersebut sering kali menampilkan imej tipikal termasuk tiga barisan tempat duduk, tetapi jika ia tidak hanya digunakan sebagai pengangkutan keluarga, tetapi lebih kepada tujuan perniagaan, jadi mungkin tempat duduk barisan ketiga itu boleh ‘disingkirkan’ bagi memberikan ruang ekstra.

Itulah yang cuba ditampilkan buat model baharu Toyota Alphard/Vellfire Royal Lounge ini yang ditransformasi khas mengikut keperluan.

Royal-Lounge-05

Perbezaan yang paling ketara ialah bagi Royal Lounge dengan dua tempat duduk di belakang, semantara Executive Lounge masih mengekalkan barisan ketiga.

Seperti yang dijangka, dua tempat duduk di belakang memiliki ruang kaki yang tidak ditawarkan oleh kenderaan salon besar, tetapi Royal Lounge memiliki ruang dalaman ekstra.

Tempat duduk tersebut boleh dilaraskan termasuk dibaringkan secara mendatar serta turut didatangkan dengan pencahayaan LED, meja, fungsi urut (oleh jenama kerusi urut Jepun terkenal, Fujiiryoki), dan panel skrin sesentuh pada bahagian perehat tangan tengah.

Malah ia juga ditampilkan dengan penghawa dingin yang terletak di bahagian dalam bumbung (zon tunggal untuk keseluruhan kabin belakang) dan jam analog dengan imej klasik berserta logo ‘Royal Lounge’.

Bahagian kokpit dan kabin turut dibahagikan dengan TV bersaiz 24-inci dan sistem bunyi JBL, serta peti ais mini.

Versi Royal Lounge SP turut menampilkan elemen tambahan yang lebih privasi termasuk skrin lut sinar, gelap dan dilindungi, dikawal oleh butang yang terletak pada perehat tangan.

Bagi kekemasannya, terdapat dalam dua pilihan iaitu gelap (hitam) dan terang (beige) serta dengan dua tona kekemasan kayuan.

Harganya pasti bersesuaian dengan prestasi dan imej yang ditampilkan. Harga Alphard dan Vellfire Royal Lounge bermula dari 13.8 juta yen (RM510k) di Jepun. Manakala Royal Lounge SP pula berharga sekitar 15 juta yen (RM550k). Iaitu dua kali ganda dari harga Executive Lounge, di mana pengedar import di Malaysia menjualnya pada harga lebih RM550k.

GALERI: Toyota Alphard

GALERI: Toyota Vellfire

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq