Aston Martin DB11 bakal mengaum dengan enjin 5.2 liter V12 biturbo

By  |  0 Comments

Aston Martin telah pun menyebarkan video pengenalan yang mendedahkan identiti enjinnya untuk model DB11.

Model pengganti bagi DB9 ini bakal diperkenalkan tidak lama lagi, disahkan bakal dipadankan dengan enjin V12 baharu dengan kapasiti 5.2 liter serta berkuasa turbo.

Walau bagaimana pun, Aston Martin masih belum mendedahkan lagi jumlah kuasa yang terhasil oleh enjin tersebut tetapi dipercayai sekitar 600hp. Sekali gus membuatkan DB11 lebih berkuasa berbanding model sebelumnya yang hanya memiliki 510 hp dengan enjin 6.0 liter V12. Manakala puncak tork pula dijangka lebih tinggi berbanding pada model sebelumnya (620Nm).

Malah DB11 ini juga dikatakan menggunakan platform serba baharu yang turut dikurangkan beratnya berbanding DB9. Secara tidak langsung ia membantu menambahkan lagi kuasanya serta dijangka mampu memberikan penjimatan bahan api yang lebih berkesan.

Imej yang dipertaruhkan masih samar-samar, namun mungkin sesetengah rekaannya diambil dari model konsep DB10 yang dipertontonkan di dalam filem terbaharu James Bond.

Aston Martin dijadualkan bakal memperkenalkan model DB11 ini di Geneva Motor Show 2016 pada Mac ini dan ia bakal dipasarkan dalam beberapa bulan akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *