Proton ambil alih 29 pusat servis Suzuki – Ditransformasi sebagai Proton Edar

By  |  0 Comments

Proton-Suzuki-dealership-signing

Hasil daripada jalinan usahasama dengan Suzuki Malaysia Automobile Sdn Bhd, Proton Holdings Bhd telah mengumumkan pengambilalihan 29 pusat servis Suzuki iaitu 25 daripadanya merupakan pusat servis 3S dan empat 4S.

Dengan itu, kesemua pusat servis terbabit kini ditukar menjadi antara cawangan Proton Edar tetapi akan mempamerkan kedua-dua logo iaitu Proton dan Suzuki.

Walau bagaimana pun, ia akan terus menyalurkan perkhidmatan menyelenggara dan membaiki bagi sejumlah 48,000 kenderaan milik pelanggan Suzuki sedia ada di Malaysia.

Pengambilahan ini turut membuka peluang kepada para pengedar Suzuki untuk mengembangkan perniagaan mereka termasuk menjual model Proton.

Menurut CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, perkara ini adalah susulan daripada perjanjian sefahaman yang ditandatangani pada 15 Jun 2015 iaitu di antara Proton, DRB-Hicom dan Suzuki.

“Kerjasama ini dilihat sebagai satu lagi langkah bagi Proton untuk bergerak lebih progresif dan mengembangkan lagi rangkaian edaran, vendor, kemahiran tenaga kerja, perkongsian platform dan teknologi,” ujar Harith.

Pengarah Urusan Suzuki Automobile Malaysia Sdn Bhd (SMA) Masashi Fukuda pula berkata, “SMA sangat berbangga dapat berkhidmat untuk pelanggan di Malaysia sejak lebih sedekad yang lalu. Pengambilalihan bilik pameran Suzuki sedia ada ini dengan Proton dilihat mampu memantapkan lagi perkhidmatan selepas jualan seperti mana yang dikehendaki oleh para pelanggan kami.”

Proton-Suzuki-dealership-outlets

Pemilik kenderaan sedia ada Suzuki kini boleh terus mendapatkan perkhidmatan selepas jualan dan pelindungan waranti termasuk alat ganti tulen Suzuki di semua pusat servis yang terbabit.

“Dengan penambahan 29 pusat servis 3S dan 4S baharu ini, ia dilihat mampu memperkukuhkan lagi rangkaian Proton dan memperhebatkan lagi komitmen kami bagi memberikan perkhidmatan terbaik buat para pelanggan,” akhiri Harith.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *