Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 raikan pemenang

By  |  0 Comments

????????????????????????????????????

Pagi ini berlangsungnya majlis pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah bagi Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015, di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam.

Tiga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Bestari Subang dan seorang penuntut berusia 22 tahun dari jurusan rekaan Automotif, UiTM Shah Alam, telah diumumkan sebagai juara kategori yang dipertandingkan.

Proton Design Competition 2015 3

Najwa Abdul Aziz, Muhammad Arif Fadhli Ishak dan Iylia Farzana Ibrahim telah memenangi Kategori 1 dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM10,000, dan medal. Karya lakaran berjudul Proton Enigmas hasil kreatif mereka berjaya menewaskan ratusan penyertaan lain bagi kategori yang sama.

Manakala Kategori 2 pula dimenangi oleh Muhammad Ismail Ibrahim menerusi karya lakaran berjudul Proton Maxima. Penuntut UiTM itu membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000 dan trofi kemenangan.

Proton Design Competition 2015 6

Hadiah telah disampaikan oleh Pengerusi Proton, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang diiiringi CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah.

Selain dua pemenang utama berkenaan,pemenang tempat kedua dan ketiga serta lapan pemenang saguhati bagi kedua-dua kategori juga telah diraikan serta menerima hadiah masing-masing.

Bagi Kategori 1, tempat kedua dimenangi oleh Khaireen Nizar Khamidon dan Zulhelmi Hadzri Mohd Hairul Khaidzir dari SM Seni Malaysia, Johor. Mereka membawa pulang wang tunai sebanyak RM7,000 dan medal.

Manakala Muhammad Ghazi Dzakirin Halimi, Ahmad Haziq Firdaus dan Muhammad Afiq Danial Badrol Hisham dari SMK Seksyen 18 Shah Alam diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000 dan medal.

Manakala bagi Kategori 2 pula, Mohd Haidiezul Jamal Ab Hadi telah diumumkan sebagai pemenang kedua dengan karya lakaran berjudul Proton Ecove dan dihadiahkan wang tunai sebanyak RM10,000 serta trofi. Serta Mohd Taufik Zulkefli pula di tempat ketiga dengan lakaran berjudul Proton Mega dan membawa pulang wang tunai bernilai RM7,000 berserta trofi.

Bagi lapan hadiah saguhati (bagi setiap kategori) pula menerima medal penyertaan dan wang tunai masing-masing bernilai RM1,000.

Bagi musim kedua pertandingan anjuran Proton ini, sebanyak 430 penyertaan telah diterima. Pertandingan Reka Bentuk Kereta Proton 2015 ini telah berlangsung selama 14 minggu sejak Jun lalu.

Dengan tema “Reka Sebuah Kereta Konsep Untuk Keluarga Malaysia”, ia terbuka untuk dua kategori iaitu Kategori 1 yang terbuka untuk pelajar sekolah berusia antara 13 hingga 17 tahun (yang lahir pada tahun 1998 hingga 2002).

Manakala Kategori 2 pula terbuka kepada individu yang berusia 18 tahun dan ke atas (lahir pada/sebelum 1997).

Menurut Dato’ Abdul Harith, “Kami melihat banyak penyertaan yang berbakat besar dan memenuhi piawaian yang dicari. Malah ia boleh dijadikan sebagai platform untuk mencungkil bakat di kalangan rakyat Malaysia, khususnya golongan muda.”

Semua pemenang dinilai secara adil oleh barisan juri profesional yang diketuai oleh Ketua Reka Bentuk Proton, Azlan Othman serta Dr Shahriman Zainal Abidin (Pensyarah Kanan Jabatan Rekaan Industri, UiTM) dan wakil dari Paultan.org dan Infokereta.com selaku media rasmi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *