Pemenang peraduan ‘Nama Siapa Hebat’ bawa pulang Proton Iriz 1.6 Premium

By  |  1 Comment

Proton-Iriz_Nama_Siapa_Hebat_Winner-039

Pemenang bagi peraduan ‘Nama Siapa Hebat’ anjuran Proton telah pun diumumkan dan diraikan pagi tadi. Peraduan yang bermula pada 25 Jun selama sebulan itu bagi mencari nama model kompak terbaharu Proton.

Ini bukanlah pertama kali Proton menganjurkan peraduan seumpamanya. Malah sebelum ini, Proton pernah membuka peluang kepada orang ramai untuk memberikan nama pada beberapa model termasuk Saga dan Exora melalui peraduan yang dianjurkan.

Bagi peraduan ‘Nama Siapa Hebat’, penuntut berusia 20 tahun yang berasal dari Nilai, Negeri Sembilan, Rishalaini A/P Alagapan, telah diumumkan sebagai pemenang. Dia mempunyai alasan tersendiri di sebalik tercetusnya idea nama berkenaan. Katanya, Iris merupakan bahagian pada mata manusia yang bertanggungjawab mengawal jumlah kemasukan cahaya pada retina yang boleh dianggap sebagai simbolik pada “elemen semula jadi dari Proton untuk melihat penumpang di dalam kenderaan.”

Iriz_Ext_03

Abjad “Z” telah menggantikan “S” bagi memberikan sebutan yang lebih segar. Malah Proton juga mendakwa nama ini menjadi pilihan utama untuk menarik minat lebih ramai sasaran pembeli khususnya generasi muda.

Melalui peraduan ini, Proton telah menerima 44,650 penyertaan, di mana 92% daripadanya dihantar menerusi dalam talian dan selebihnya melalui kiriman pos. Juri yang terlibat di dalam pemilihan pemenang terdari daripada barisan pengurusan kanan Jabatan Komunikasi Proton, Jabatan Pemasaran, Jabatan Penjenamaan & Pemotoran dan Jabatan Strategi Produk serta Ketua Jabatan Reka bentuk Proton, Azlan Othman, bertindak sebagai ketua juri.

Majlis penyampaian hadiah ini telah disempurnakan di Proton Centre of Excellence, Shah Alam, juga sempena dengan Alami Proton iaitu hari terbuka Proton yang berlangsung bermula hari ini sehingga esok. Di mana pemenang utamanya, Rishalaini berjaya membawa pulang hadiah utama iaitu Proton Iriz 1.6 Premium CVT.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *