Pusat Servis Renault kini dibuka di Glenmarie Shah Alam

By  |  0 Comments

Renault_Service_Centre1

TC Euro Cars Sdn Bhd, pengedar utama kenderaan Renault di Malaysia telah membuktikan komitmen yang lebih jitu bagi membawa jenama ini lebih meluas di negara kita, termasuklah dengan pembukaan Pusat Servis Renault di Glenmarie, Shah Alam.

Terletak dalam kawasan seluas 15,000 kaki persegi, fasiliti ini merangkumi perkhidmatan selepas jualan dan merupakan Pusat Servis Renault yang terbesar di Malaysia buat setakat ini. Di mana para pemilik kenderaan Renault boleh menghantar jentera mereka untuk diselenggara, pembaikian dan juga perkhidmatan mengecat serta penukaran alat ganti.

Renault_Service_Centre2

Menurut CEO TC Euro Cars, Kuan Kim Luen, pembukaan pusat servis ini membuktikan komitmen pihaknya untuk memperkukuhkan lagi jenama ini di Malaysia. Sehingga kini, sebanyak 13 pusat servis telah dibuka dan melalui fasiliti baharu ini, diharap dapat memenuhi permintaan dan keperluan para pelanggan dengan memberikan perkhidmatan yang paling memuaskan untuk mereka.

Di Pusat Servis Renault, Glenmarie ini, telah mengadaptasikan pelbagai peralatan dan kelengkapan terkini termasuklah untuk menyelenggara kenderaan elektrik Renault. Antara yang digunakan bagi penyelenggaraan ini ialah CLiP iaitu peralatan diagnostik yang diinspirasi berdasarkan teknologi Renault Formula One, bagi memberikan penyelesaian terbaik dalam menyelenggara semua kenderaan Renault.

Renault_Service_centre3

Mempunyai 12 petak penyelenggaraan, pusat servis ini mampu menyelenggara 30 buah kenderaan sehari. Ia juga merangkumi fasiliti mengecat kerangka jentera Renault.

Selain di Glenmarie, Pusat Servis Renault juga terdapat di Langkawi, Butterworth, Bayan Lepas, Ipoh, Klang, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bharu, Kuching dan Kota Kinabalu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *