Pusat 3S Toyota kini di Langkawi

By  |  0 Comments

1. Signing plaque by Datuk Ismet Suki (President, UMWT) & Datuk Takashi  Hibi (Deputy Chairman, UMWT)

UMW Toyota Motor (UMWT) melakar lagi satu sejarah kejayaannya apabila membuka sebuah lagi pusta jualan yang telah dinaik taraf sebagai pusat 3S di Langkawi, Kedah. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi UMWT, Datuk Takashi Hibi dan Presiden UMWT, Datuk Ismet Suki.

Dengan kos pelaburan sebanyak RM500 juta untuk memperluaskan rangkaian ini bagi memenuhi permintaan terhadap kenderaan Toyota dan Lexus di pasaran negara ini. Kos ini termasuklah untuk menaik taraf pusat jualan ini serta menambah fasiliti bagi memberikan lebih keselesaan dan kemudahan bagi para pelanggan.

3. Datuk Ismet Suki (right) & Datuk Takashi Hibi listening during the  facility tour

Pusat 3S ini seluas 26,000 kaki persegi dan turut dilengkapi dengan bilik pameran yang boleh memuatkan sehingga tiga model kenderaan, lounge bagi pelanggan dengan perkhidmatan WiFi dan 12 petak ruang penyelenggaraan yang boleh menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan sehari.

Dalam majlis yang berlangsung itu, Ismet turut mengucapkan tahniah kepada barisan tenaga kerja UMWT khususnya bagi mereka yang terlibat dengan jabatan jualan dan perkhidmatan selepas jualan kerana berjaya memuaskan hati para pelanggan sehingga diumumkan menduduki tempat pertama oleh J.D.Power Asia Pacific 2014 Malaysia untuk Indeks Perhidmatan Pelanggan (CSI) dan Indeks Kepuasan dalam Jualan (SSI).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *