ALAMI PROTON kenali Proton lebih dekat – Karnival berlangsung pada 27 & 28 Sept ini

By  |  0 Comments

PROTON

Dua hari selepas majlis pelancaran Proton Compact Car (PCC)/Iriz pada 25 September ini, Proton bakal menganjurkan ALAMI PROTON. Hari terbuka yang berlangsung selama dua hari mulai 27 september ini bakal berlangsung di di Pusat Kecemerlangan Proton (COE), Shah Alam.

Ia bakal memberikan peluang kepada para pengunjung untuk menyaksikan lebih dekat lagi model terbaharu ini dan juga barisan model lain. Malah pengunjung juga berpeluang mengetahui teknologi yang dibangunkan oleh Proton bagi model-model terbaharu keluarannya.

Selain itu, banyak aktiviti menarik yang bakal dianjurkan untuk ‘sajian’ para pengunjung. Antaranya permainan luar seperti wall climbing, laser tag dan sebagainya. Untuk kanak-kanak pula, aktiviti yang disediakan adalah seperti pertandingan mewarna, sand art dan banyak lagi.

ALAMI PROTON turut membuka peluang kepada orang ramai untuk memandu uji model-model Proton, R3 dan Lotus. Malah Orang ramai juga berpeluang melawat jabatan Research and Development (R&D) dan Medium Volume Factory (MVF) untuk mengetahui lebih lanjut mengenai teknologi yang digunakan oleh Proton.

Malah ini juga membuka peluang kepada orang ramai untuk melihat PCC/Iriz lebih dekat lagi, termasuk membuat tempahan bagi model tersebut dan juga model-model Proton yang lain.

Proton_PCC_Iriz_Tun_Mahathir_015

Menurut CEO Proton, Dato’ Abdul Harith Abdullah, objektif utama penganjuran karnival di COE ini adalah untuk memberikan peluang kepada orang ramai melihat sendiri teknologi dan kemajuan kejuruteraan yang diimplementasikan dalam pembuatan model Proton. Kali terakhir Proton menganjurkan karnival sebegini lima tahun yang lalu.

ALAMI PROTON akan berlangsung pada jam 10 pagi hingga 10 malam pada 27 September dan hari keduanya akan berakhir pada jam 6 petang, turut akan diserikan dengan persembahan artis seperti Johan, Zizan dan Hafiz AF. Selain aktiviti menarik, Proton turut menawarkan pelbagai hadiah untuk direbut oleh para pengunjung termasuk dalam cabutan bertuah.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *