Isu Cermin Gelap : Bergantung pada keputusan bengkel – JPJ

By  |  0 Comments

Tinted

Selagi tiada kepastian mengenai keputusan yang bakal digubal menjadi undang-undang (kemungkinan besar), maka selagi itulah isu cermin gelap tidak akan senyap.

Terbaru, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dikatakan bakal melaksanakan apa sahaja keputusan daripada sebuah bengkel yang diadakan bagi menentukan hala tuju dan polisi baharu berhubung penggunaan cermin gelap di negara ini.

Memetik laporan BERNAMA yang memetik kenyataan Ketua Pengarah JPJ, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, JPJ hanyalah agensi pelaksana yang akan menguatkuasakan apa sahaja keputusan dibuat Kementerian Pengangkutan.

Di mana bengkel yang akan bermula pada hari ini selama dua hari akan membuat penilaian yang wajar berhubung perkara itu (cermin gelap) merangkumi pelbagai aspek termasuk keselamatan, jenayah, dan kesihatan.

Justeru, jika semua orang tidak dibenarkan guna cermin gelap, JPJ akan kuatkuasakan peraturan itu dan jika keputusan membenarkan semua orang menggunakan cermin gelap, ia juga akan dikuatkuasakan.

Jadi, kenalah sama-sama menanti apakah keputusan yang diambil menerusi bengkel yang dianjurkan itu bakal menggubal undang-undang berkaitan yang sedia ada atau pun pihak berkuasa bernekad untuk meneruskannya tanpa sebarang perubahan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq