Mercedes-Benz S400L Hybrid terima pengecualian cukai sepenuhnya

By  |  2 Comments

Photo 2

Sahih! Akhirnya Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd mengesahkan harga bagi model baharu Mercedes- Benz S400L Hybrid ialah RM587,888 untuk pasaran Malaysia. Malah ia merupakan model kenderaan mewah berkuasa hibrid pertama yang menjalani pemasangan tempatan (CKD).

Memandangkan ia dipasang di kilang pemasangan tempatan, maka secara tidak langsung S400L Hybrid ini layak menerima insentif daripada Dasar Automotif Nasional. Malah ia juga tidak dikenakan cukai import, cukai duti eksais dan juga cukai kenderaan hibrid seperti mana model hibrid yang diimport dari negara luar (unit CBU).

Bagi menyokong aspirasi Malaysia sebagai hab pengeluaran Kenderaan Jimat Tenaga (EEV), Mercedes-Benz Malaysia telah melabur sebanyak RM15 juta bagi menyediakan prasarana kilang pemasangan untuk S400L Hybrid.

Menurut Presiden dan CEO Mercedes-Benz Malaysia, Roland Folger, pihaknya berusaha keras untuk membawa masuk S-Class sebagai kenderaan hibrid ke pasaran Malaysia. Biar pun terpaksa menyediakan dana yang besar untuk menyediakan kilang pemasangan di Pekan, Pahang, namun ini adalah bukti komitmen Mercedes-Benz di Malaysia.

Malah model S400L Hybrid ini juga dilihat sebagai model yang cukup bersesuaian untuk menyumbang pada misi Malaysia menjadi hab EEV serantau.

Photo 1

Dilihat sebagai sebuah kenderaan hibrid yang sarat dengan pelbagai teknologi inovatif terkini, ia juga telah membawakan tiga keutamaan iaitu “Pemanduan Pintar”, “Teknologi Penuh Efisien” dan “Gaya Kemewahan”, S-Class baharu ini mampu menembusi sempadan pelbagai jenis teknologi.

Hadir dengan pelbagai gaya yang menarik termasuklah kehadiran lampu utama sistem pencahayaan pintar LED sebagai ciri standard, ia juga dilengkapi dengan 13 pembesar suara bersama sistem audio Burmester, kawalan penghawa dingin Thermotronic, roda stereng balutan kulit Nappa, sistem suspensi Airmatic, skrin sesentuh TFT bersaiz 12.3 inci dan banyak lagi.

Manakala antara teknologi terkini yang ditampilkan ialah Distronic Plus dengan Steering Assist dan Stop&Go Pilot, Brake Assist BAS PLUS dengan Cross-Traffic Assist, Pre-Safe Brake dengan pengesan pejalan kaki, Pre-Safe Plus, Active Lane Keeping Assist dan Active Blind Spot Assist. Model ini juga dilengkapi dengan lapan beg udara.

S 400L Hybrid ini dijanakan oleh enjin 3.5 liter V6 yang mampu memberikan kuasa maksimum sehingga 306 hp dan tork 370 Nm. Juga dipadankan dengan motor elektrik yang memberikan kuasa 27 hp dan 250 Nm serta kotak gear 7G-Tronic Plus.

Model ini mampu dipacu daripada titik sifar sehingga 100 km/j dalam tempoh 6.8 saat. Serta mampu dipecut sehingga 250 km/j dan memberikan penjimatan bahan api yang efisien iaitu 6.3 liter bagi setiap 100 km.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *