Biometrik digunakan dalam proses tukar hak milik kenderaan mulai esok-JPJ

By  |  0 Comments

car-sale-img

Laporan BERNAMA hari ini menyebut, berkuatkuasa 1 Jun ini, semua urusan pertukaran hak milik kenderaan hanya boleh dilakukan melalui sistem pengesahan biometrik. Ia disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Ismail Ahmad, yang memaklumkan bahawa sistem itu telah pun diperkenalkan secara berperingkat mulai 1 April lepas.

Kaedah ini dilaksanakan bagi memudahkan pemilik lama dan baharu, di mana mereka tidak perlu hadir serentak di kaunter bagi membuat pengesahan biometrik. Pemilik berdaftar dan pemilik baharu boleh hadir di mana-mana kaunter JPJ berdekatan secara berasingan dengan syarat pengesahan itu perlu dibuat dalam tempoh tujuh hari.

Kaedah baharu itu selaras dengan program transformasi JPJ di bawah pelaksanaan sistem mySIKAP.

Objektif utama penggunaan kaedah biometrik ini bagi menangani isu pemalsuan dokumen pengesahan identiti terutama membabitkan transaksi pertukaran milikan kenderaan tanpa persetujuan atau di luar pengetahuan pemilik berdaftar (pemilik asal).

Malah kaedah ini juga dapat menyelesaikan masalah pemilik baharu yang enggan membuat proses milikan kenderaan dan menggunakan kenderaan terbabit di atas nama pemilik asal.

Selain itu, pertukaran hak milik kenderaan juga boleh dilakukan secara dalam talian mulai 1 Jun ini. Walau bagaimana pun, pengguna perlu hadir ke kaunter JPJ untuk mendapatkan nombor ID serta membuat pengesahan biometrik. Dan nombor ID berkenaan boleh digunakan untuk urusan lain JPJ.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *