Sistem baharu penjualan diesel dan petrol bakal diperkenalkan

By  |  0 Comments

RON95

Memetik laporan BERNAMA hari ini, kerajaan bakal memperkenalkan satu sistem baharu penjualan diesel dan petrol bersubsidi kepada kenderaan komersial yang layak mulai 1 September depan.

Keputusan ini terdorong akibat penyeludupan bahan api khususnya diesel ke negara jiran yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Di mana negara telah menanggung kerugian yang sangat besar akibat penyeludupan tersebut sejak sekian lama.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad berkata sistem yang sama bagi kenderaan persendirian juga akan dilaksanakan pada Oktober atau November depan.

Di mana maklumat terperinci mengenai pelaksanaan sistem baharu itu akan diummumkan dalam satu sidang media khas tidak lama lagi.

Buat masa ini kerajaan sedang mengkaji satu sistem baharu untuk kira-kira 3,500 stesen minyak seluruh negara bagi memastikan penjualan diesel dan petrol bersubsidi hanya kepada kenderaan yang benar-benar layak sahaja. Malah kerajaan telah mensasarkan penjimatan sebanyak RM9.8 bilion melalui pelaksanaan sistem baharu yang dijamin lebih efektif dan berkesan itu.

Alias turut menambah, sistem baharu itu diyakini mampu memastikan bahan api bersubsidi itu dinikmati oleh hanya rakyat yang benar-benar layak dan ia juga mampu mengurangkan salah guna dan mengelak berlakunya ketirisan dan pembaziran.

Pada masa ini harga RON95 adalah RM2.10 seliter (63 sen subsidi) dan harga RON97 adalah RM2.80.

Harga runcit RON97 ditetapkan berdasarkan apungan terurus dengan harga bulanan ditentukan oleh kuasa pasaran.

Malah KPDNKK juga bercadang untuk turut mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di kawasan sempadan di seluruh negara kepada 600,000 liter sebulan dalam masa terdekat.

Beliau berkata kuota itu diperkenal sebagai langkah awal membendung penyalahgunaan diesel dan petrol bersubsidi sehingga sistem baharu yang lebih efisien diperkenalkan.

Semalam Alias mengumumkan KPDNKK akan mengehadkan penjualan diesel dan petrol di setiap stesen minyak di sempadan Kelantan-Thailand kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa hari ini bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan api bersubsidi yang semakin aktif di sempadan negeri itu.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq