Penjualan diesel & petrol di sempadan Kelantan-Thai dihadkan

By  |  0 Comments

diesel-fuel-3

Susulan dengan kerugian besar yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan Malaysia ekoran penyeludupan diesel dan petrol ke negara jiran, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengehadkan penjualan bahan api tersebut di setiap stesen minyak di sempadan Kelantan-Thailand kepada 600,000 liter sebulan berkuat kuasa esok.

Menerusi laporan yang disiarkan oleh BERNAMA yang memetik kenyataan Ketua Setiausaha KPDNKK Datuk Seri Alias Ahmad, langkah tersebut diambil bagi membendung kegiatan penyeludupan bahan api bersubsidi yang semakin aktif di sempadan negeri itu.

Di mana KPDNKK akan mengehadkan penjualan diesel dan petrol kepada 600,000 liter kepada satu stesen minyak setiap bulan dan kita ada 39 buah stesen minyak di sempadan negeri ini bermula 1 Jun lalu.

Menurut Alias, kuota ini dikenakan di Kelantan terlebih dahulu disebabkan negeri ini berbeza dari negeri lain kerana bersempadan dengan Thailand dan didapati kes penyeludupan di sini lebih ketara.

Beliau berkata kuota penjualan tersebut akan dikenakan kepada stesen minyak yang berada di antara 1 kilometer sehingga 25 kilometer dari sempadan negara itu.

Ini kerana pihak KPDNKK mendapati penjualan petrol dan diesel di stesen minyak di sempadan mencecah sehingga 1.9 juta liter satu bulan untuk sebuah stesen minyak. Namun kerajaan mengalami kerugian sebanyak RM30 juta kerana penyeludupan minyak bersubsidi

Alias berkata pihaknya mendapati sindiket ini menggunakan modus operandi baharu iaitu dengan menggunakan tangki asal yang ada pada kenderaan untuk membawa minyak ke sempadan. Di mana mereka tidak lagi menggunakan tangki tambahan dalam trak dan lain-lain tetapi mereka berulang alik menggunakan kenderaan yang sama untuk berulang alik ke sempadan untuk menyeludup minyak ke sana.

Oleh itu, langkah ini diambil sehingga kerajaan akan mengumumkan satu sistem penjualan bahan api diesel dan petrol yang baharu September ini.

Selain itu, beliau berkata tindakan tegas juga akan diambil ke atas pengusaha stesen minyak yang bersubahat dengan penyeludup membawa diesel dan petrol ke luar negara. Dan pihak kerajaan tidak teragak-agak untuk mengantung lesen perjanjian Akta Kemajuan Petroleum (PDA) jika mereka bersubahat dengan penyeludup.

Selain itu, jika stesen minyak di sempadan ini inginkan kuota penjualan minyak dan diesel yang lebih mereka perlulah kemukakan permohonan kepada pihak KPDNKK Kelantan.

Malah pihak KPDNKK akan terus mempergiatkan usaha mengesan kegiatan penyeludupan di bawah Ops Titik. Ia akan berterusan sehingga Disember tahun ini dan KPDNKK akan mewujudkan pasukan khas risikan untuk memantau dan merisik penyeludup yang bersindiket di bawah Ops Titik ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq