Perodua Tweckbot kini kembali! – Tawar 50 mata pemeriksaan kenderaan menjelang Ramadan

By  |  0 Comments

tweckbot 039

Untuk tahun yang ke-empat, Peroda Tweckbot kini kembali untuk memberikan 50 mata pemeriksaan kenderaan sempena menjelangnya bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba tidak lama lagi.

Empat pasukan Perodua Tweckbot akan bergerak ke mana-mana destinasi terpilih (hanya di sekitar Semenanjung Malaysia sahaja) bagi membantu para pelanggan memastikan kenderaan mereka berada dalam keadaan yang selamat untuk dipandu terutamanya yang membabitkan perjalanan yang jauh.

Menurut Presiden dan CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, pihaknya akan mewar-warkan lokasi kunjungan pasukan Tweckbot ini melalui laman sosial Twitter, Facebook, laman web rasmi Perodua dan iklan bagi memastikan pemilik kenderaan Perodua boleh mengambil kesempatan di atas tawaran ini.

Bermula 3 Jun ini, pasukan Perodua Tweckbot bakal mengadakan servis pemeriksaan percuma di lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia.

Pemeriksaan ini termasuklah untuk bahagian enjin, sistem penyejuk, sistem brek (termasuk cecair brek dan pad brek), sistem stereng berkuasa, sistem klac, tayar, sistem suspensi, sistem elektrikal (termasuk bateri, lampu dan bilah pengelap cermin).

Selepas melakukan pemeriksaan tersebut, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua juga berpeluang menikmati diskaun sebanyak 20% untuk alat ganti dan aksesori.

Screen Shot 2014-06-02 at 11.34.38

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *