Pusat 3S Ford baharu dibuka di Juru Auto City

By  |  0 Comments

SDAC-Ford Juru Auto City_Showroom

Sime Darby Auto Connexion (SDAC), pengedar tunggal kenderaan Ford di Malaysia hari ini mengumumkan pembukaan sebuah pusat 3S di Auto City Prai, Pulau Pinang.

Terletak di hab pemotoran popular, Juru Auto City, Pulau Pinang, fasiliti baharu itu juga merupakan sebahagian daripada pengembangan rangkaian pengedaran Ford yang berterusan serta bagi meningkatkan aspek khidmat pelanggan di Malaysia. Ford kini mempunyai 48 pengedar di seluruh negara yang menawarkan perkhidmatan jualan dan servis. Ford mensasarkan untuk memiliki 50 pengedar menjelang akhir tahun ini.

SDAC-Ford Juru Auto City_Service Bay

Dioperasikan oleh SDAC, Pusat 3S baharu ini dilengkapi identiti korporat standard Ford yang merangkumi sebuah bilik pameran, pusat servis dan bahagian alat ganti.

Pusat 3S baharu Ford yang baharu ini mempamerkan rangkaian kenderaan global Ford yang ditawarkan di Malaysia. Ini termasuklah Fiesta 1.0L EcoBoost baharu dan varian 1.5L, Kuga, Focus dan Ranger.

SDAC-Ford Juru Auto City_Lounge

Ia mempunyai sebuah bilik pameran yang boleh mempamerkan sehingga lima buah kereta dan dibuka tujuh hari seminggu. Turut disediakan ialah sebuah lounge yang selesa dan mesra pengguna, dilengkapi Wi-Fi percuma, TV serta kemudahan lain yang memastikan keselesaan para pelanggan.

Pusat servis yang terletak bersebelahan dan dibuka enam hari seminggu pula memiliki empat ruang servis. Ia dilengkapi peralatan diagnostik tercanggih Ford dan dikendalikan oleh pasukan juruteknik terlatih Ford.

Kemudahan baharu ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan SDAC dan Ford untuk menaik taraf bilik-bilik pameran pengedar Ford sedia ada. Ia juga sebagai tambahan kepada pengembangan rangkaian pengedar yang akan menawarkan liputan di seluruh negara dan kemudahan pengguna.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *