Kerajaan Kedah & Perak juga memilih Proton Perdana

By  |  0 Comments

Pic 1 - Kedah

Selain dari Kerajaan Persekutuan,nampak gayanya Proton Perdana turut menjadi pilihan oleh kerajaan Kedah dan Perak sebagai kenderaan rasmi.

Hari ini berlangsungnya majlis kecil-kecilan bagi penyerahan unit Proton Perdana bagi kedua-dua pihak kerajaan terbabit. Di mana Menteri Besar Kedah, Yang Amat Berhormat Dato’ Paduka Mukhriz Tun Dr. Mahathir dan Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berbesar hati menerima unit Perdana berkenaan bagi pihak masing-masing dari DRB-HICOM Berhad.

Pic 2 - Perak

Pemilihan Proton Perdana sebagai kenderaan rasmi ini dilihat sebagai salah satu usaha kerajaan negeri bagi memberikan sokongan yang padu buat syarikat pengeluar kenderaan nasional tersebut.

Proton Perdana yang digunakan oleh Kerajaan Persekutuan, Kedah dan Perak ini adalah model rebadged daripada Honda Accord generasi ke lapan.

Proton bakal memproduksikan model baharu Perdana yang dijangka bakal diperkenalkan pada tahun 2016 akan datang.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *