Volkswagen Group Malaysia mengutamakan kepuasan pelanggan

By  |  0 Comments

Picture 2

Semalam Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah berkongsikan perancangan mengenai usaha sama dengan pengedar rangkaian sah dan pusat servis bagi meningkatkan lagi perkhidmatan selepas jualan. Ia adalah bagi mengutamakan kepuasan para pelanggan terhadap jenama ini di Malaysia.

Sebagai langkah pertama, VGM berasa gembira kerana 20 pusat servis Volkswagen di Semenanjung Malaysia akan beroperasi pada hari Ahad dari jam 9 pagi sehingga 5 petang. Ia akan bermula pada 16 Mac ini, di mana pemilik kenderaan Volkswagen boleh menghantar kenderaan mereka untuk perkhidmatan penyelenggaraan secara lebih fleksibiliti.

Bagi mendapatkan perkhidmatan pada hujung minggu ini, pemilik kenderaan Volkswagen disarankan agar membuat temujanji pada waktu hari bekerja untuk memastikan mereka mendapat giliran sewajarnya.

Picture 1

Lanjutan waktu operasi pusat servis ini telah menunjukkan komitmen yang jitu oleh Volkswagen dalam usaha meningkatkan kepuasan di hati para pelanggan mereka.

Menurut Pengarah Urusan VGM, Christoph Aringer, kepuasan pelanggan merupakan kunci utama bagi komitmen VGM di dalam menaikkan lagi jenama ini di Malaysia. Berdasarkan maklum balas yang diterima, langkah ini diambil bagi meningkatkan lagi tahap kualiti perkhidmatan dan kepuasan pelanggan seperti mana yang diinginkan oleh mereka.

VGM turut mengumumkan bahawa mereka akan menghantar tenaga pakar untuk menghadiri kursus jualan dan perkhidmatan selepas jualan yang melibatkan kakitangan di seluruh pusat servis dan pengedar jenama ini di Malaysia.

Dalam masa yang sama, VGM juga akan memastikan kerjasama yang erat dengan rakan pengedar bagi meningkatkan lagi jualan dan perkhidmatan mereka di negara ini.

Aringer juga turut menambah, pihak VGM akan memastikan konsultan jualan mempunyai pengetahuan yang tinggi terhadap produk terbahari mereka dan mampu memberikan perkhidmatan selepas jualan yang terbaik serta mampu menangani isu teknikal secara lebih konsisten.

Untuk mengetahui Pusat servis yang terlibat dengan perkhidmatan pada hari Ahad bermula 16 Mac ini sila layari laman sesawang VGM

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *