Tun M nafi letak jawatan sebagai penasihat Proton

By  |  0 Comments

TUN M

Melalui laporan Buletin Utama TV3 sebentar tadi, Tun Dr Mahathir Mohamad (Tun M) menafikan bahawa beliau telah meletakkan jawatan sebagai penasihat Proton.

Menurut bekas Perdana Menteri Malaysia Ke-empat itu, beliau sendiri berasa hairan apabila isu ini timbul memandangkan tiada sebarang perancangan untuk meletakkan jawatan yang disandang sejak tahun 2003.

“Saya sendiri berasa hairan dengan pihak yang berfikir tentang perkara ini. Sedangkan saya sendiri tidak memikirkannya,”ucapnya ringkas.

Ternyata perkhabaran ini hanya spekulasi semata-mata dan Tun M masih gigih menjadi tulang belakang bagi Proton yang boleh dianggap sebagai salah satu projek emasnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *