Perodua jamin sijil penarafan ASEAN NCAP yang diterima sah

By  |  0 Comments

top-tether-wm

Perodua telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan siasatan yang sedang dijalankan oleh Asean New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) ekoran laporan dari para pengguna berkenaan dengan salah satu bahagian keselamatan pada kereta buatan tempatan yang pernah diuji telah dibuang.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, sijil yang diterima daripada badan tersebut masih lagi sah. Ia bagi membuktikan piawan keselamatan kenderaan Perodua adalah mengikut standard dan ketetapan pihak berkenaan.

“Perodua juga komited terhadap kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan para pelanggan kami dan insan yang mereka sayangi. Justeru, orang ramai dialu-alukan melawat pusat jualan kami dan bertanya dengan penasihat jualan yang sah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai ciri-ciri keselamatan kenderaan Perodua,” ujar Aminar.

top-tether-attachment

Mengikut laporan yang diterima oleh ASEAN NCAP, bahagian yang melibatkan penambat fitmen yang bertujuan untuk memegang kerusi kanak-kanak didakwa ‘tiada’ pada model kereta keluaran tersebut.

Walau bagaimana pun, model kereta dan pengeluar kereta tempatan terbabit tidak dinyatakan.

Menurutnya lagi, model kereta berkenaan juga mungkin akan diuji semula dengan spesifikasi yang lebih rendah. Jika laporan ini benar, maka ASEAN NCAP tidak akan teragak-agak untuk menghantar surat tunjuk sebab kepada pengeluar kenderaan terbabit dan bersedia untuk membuat pengumuman rasmi mengenainya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

situs mix parlay euro 2024 judi bola euro parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games dominoqq viralqq serverpkv pkvgames qiuqiu pkv pkv games bandarqq dominoqq pkvgames slotgacor parlay pokerqq parlay
judi bola parlay dominoqq pkv id pro bandarqq pkvgames bandar qq bandarqq qiuqiu bandarqq pkv games dominoqq situs bandarqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games pkv qq pkv qq bandarqq pkv games qq pkv dominoqq viralqq serverpkv parlay