PLUS had tambah nilai minimum RM50 di Jambatan Pulau Pinang

By  |  0 Comments

TOUCH N GO KAD

PLUS Malaysia Berhad telah mengeluarkan kenyataan, orang ramai hanya boleh membuat urusan tambah nilai minimum RM50 di lorong-lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang mulai hari ini, laporan Bernama.

Menurut Pengarah Urusannya, Datuk Noorizah Abd Hamid, langkah itu diambil selepas kajian teliti dibuat terhadap lorong tambah nilai yang sering sesak dan mengganggu kelancaran lorong-lorong elektronik yang lain.

Ujarnya, “Ia adalah tindakan bagi mengurangkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di lorong tambah nilai di Jambatan Pulau Pinang.”

Penang 2nd bridge

Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini dikecualikan untuk tambah nilai motosikal sedia ada yang mana pengguna masih boleh membuat urusan tambah nilai serendah RM5.

Katanya lagi, pengguna masih boleh menambah nilai serendah RM10 dan tanpa caj di Pusat Khidmat Pelanggan PLUS di bangunan pejabat Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Juru, Sungai Dua atau Plaza Tol Kubang Semang.

Kutipan tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya di lima buah plaza tol di utara iaitu di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kubang Semang dan Lunas bermula 9 Sept lepas.

Sumber foto : Laman web Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB)

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *