12 plaza tol guna sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya mulai 9 Sept ini

By  |  0 Comments

TOL PLUS

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengesahkan sistem kutipan tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTag untuk transaksi bayaran tol akan dilaksanakan sepenuhnya di 12 plaza tol bermula 12 tengah hari, 9 Sept ini.

Plaza tol yang terbabit ialah Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, PLUS; Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE); Plaza Tol Kubang Semang, BKE; Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Selain itu, ia turut membabitkan Plaza Tol Bentong, KLK; Plaza Tol Dato’ Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); Plaza Tol Sentul Pasar, DUKE; Plaza Tol Batu, DUKE dan Plaza Tol Lebuhraya SMART.

Bagi melancarkan operasi di plaza tol terbabit, lorong tambah nilai, penjualan kad Touch ‘n Go dan kakitangan tol akan beroperasi 24 jam bagi membantu pengguna yang menghadapi masalah.

Selain itu, LLM turut menasihatkan pengguna agar mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui kesemua plaza tol itu bagi perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju.

Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan lanjut berhubung pelaksanaan sistem itu boleh menghubungi hotline Pusat Trafik LLM di talian 1-800-88-7752 atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya berkenaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *