PLUS tangguh pelaksanaan had tambah nilai minimum RM50 di Jambatan Pulau Pinang

By  |  0 Comments

TOUCH N GO KAD

Selepas mengeluarkan kenyataan berhubung dengan had tambah nilai minimum RM50 di Jabatan Pulau Pinang awal hari ini, PLUS Malaysia Berhad (PLUS) mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaannya.

Walau pun sepatutnya ia berkuatkuasa mulai hari ini, namun menurut PLUS, pelaksanaannya akan diumumkan pada satu tarikh lain kelak.

Justeru, orang ramai masih boleh menjalankan urusan tambah nilai kad elektronik seperti biasa di semua lorong tambah nilai Jambatan Pulau Pinang.

Kutipan tol secara elektronik dilaksanakan sepenuhnya di lima plaza tol di utara iaitu di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Bukit Kayu Hitam, Jitra, Kubang Semang dan Lunas bermula 9 Sept lepas.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *