ASEAN NCAP sedang siasat kereta buatan tempatan yang membuang satu fitmen keselamatan

By  |  0 Comments

top-tether-wm

Asean New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman web rasminya, pihaknya telah menerima laporan dari para pengguna berkenaan dengan salah satu bahagian keselamatan pada kereta buatan tempatan yang pernah diuji telah dibuang.

Di mana bahagian yang melibatkan penambat fitmen yang bertujuan untuk memegang kerusi kanak-kanak didakwa ‘tiada’ pada model sebenar kereta tersebut.

top-tether-attachment

“Oleh yang demikian, pihak kami akan menyiasat dakwaan yang dikemukakan ini. Tindakan tidak memasang bahagian ini (tidak seperti dalam model ujian) pasti akan mendatang kesan yang teruk terhadap keputusan Penilaian Perlindungan Penumpang Kanak-kanak (COP) dalam ujian ASEAN NCAP yang telah dijalankan. Di mana perubahan atau pengecualian bagi spesifikasi ini adalah tidak dibenarkan,” ujar Khairil menerusi kenyataan tersebut.

Walau bagaimana pun, model kereta dan pengeluar kereta tempatan terbabit tidak dinyatakan.

Menurutnya juga lagi, model kereta berkenaan juga mungkin akan diuji semula dengan spesifikasi yang lebih rendah.

Menurut ASEAN NCAP lagi, tindakan ini ternyata tidak bertanggungjawab dan tidak wajar dilakukan oleh pengeluar kereta terbabit kerana ia melibatkan isu keselamatan. Malah jika benar dakwaan ini, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mendedahkannya pada umum bagi membuktikan isu keselamatan tidak ada kompromi.

Dalam masa yang sama, surat tunjuk sebab akan dihantar kepada pengeluar kereta terbabit dan juga cadangan untuk mereka memulihkan keadaan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *