Tol : PSKLM keluar kenyataan mempertahankan kadar kenaikan

By  |  0 Comments

LDP_Toll_EXTRA

Ekoran isu kenaikan kadar tol yang menerima respons negatif dari pelbagai pihak termasuk Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang memberikan cadangan supaya supaya pemegang konsesi lebuh raya sedia ada, diberi keutamaan dalam projek lebuh raya akan datang sebagai mekanisme mengekang kenaikan kadar tol.

Dengan cara ini, beliau berkata mereka tidak perlu bimbang tentang keuntungan yang berkurangan kerana mereka mempunyai potensi untuk terus terlibat dalam projek lebuh raya kerajaan yang akan datang dengan syarat perjanjian ditetapkan secara adil mengikut kadar keuntungan munasabah.

Namun cadangan tersebut telah dipertikaikan oleh Persatuan Syarikat-syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) yang telah mengeluarkan kenyataan khas mengenai isu ini.

PSKLM berkata, di Malaysia terdapat 31 lebuh raya bertol dimiliki syarikat konsesi berbeza dengan pelabur dan pemegang yang mempunyai komitmen berbeza mengikut polisi syarikat masing-masing.

Ini bermakna kerajaan perlu ada 31 ‘projek gantian’ dengan nilai sama untuk ditukarkan dengan nilai penyelarasan kadar tol berkala bagi 31 konsesi lebuh raya sedia ada, kata persatuan itu.

PSKLM berkata sekiranya penyelarasan kadar tol tidak dilaksanakan kerana menunggu ‘projek gantian’, ia sudah pasti akan memberi kesan kepada pinjaman kewangan yang telah dibuat berlandaskan kepada jangkaan aliran tunai hasil daripada kenaikan kadar tol berkala yang dipersetujui ketika perjanjian ditandatangani.

Berikut merupakan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh PSKLM :

PSKLM_1

PSKLM_2

PSKLM_3

Mulai hari ini, sebanyak 17 pengendali lebuhraya telah menaikkan kadar tol di lebuhraya masing-masing. Antara yang terlibat ialah AKLEH, DUKE, LATAR, GCE, MEX, LDP, SPRINT, LKSA, SMART dan NPE.

Carta berikut merupakan kadar baharu bagi tol di lebuhraya yang terlibat dengan kenaikan ini :

Kadar-Tol-baru

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq