Sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya dijangka mampu mengurangkan kesesakan sebanyak 30%

By  |  0 Comments

TOL SMART TAG N TNG

Hari ini bersamaan 9 Septmber, mulai jam 12 tengahari sebentar tadi, sebanyak 12 plaza tol telah memulakan pelaksanaan sistem kutipan tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTag untuk transaksi bayaran tol.

Plaza tol yang terbabit ialah Plaza Tol Jitra, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS); Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, PLUS; Plaza Tol Lunas, Lebuhraya Kulim-Butterworth (BKE); Plaza Tol Kubang Semang, BKE; Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang dan Plaza Tol Gombak, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK).

Selain itu, ia turut membabitkan Plaza Tol Bentong, KLK; Plaza Tol Dato’ Keramat, Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH); Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); Plaza Tol Sentul Pasar, DUKE; Plaza Tol Batu, DUKE dan Plaza Tol Lebuhraya SMART.

Sistem kutipan tol secara elektronik sepenuhnya dijangka mampu mengurangkan kesesakan sebanyak 20 hingga 30% terutamanya yang melibatkan plaza tol di kawasan bandar terutamanya di Kuala Lumpur.

Malah sambutan orang ramai mengenai pelaksanaan ini sangat memberangsangkan kerana rata-ratanya bersetuju dengan konsep yang diimplementasikan ini. Bahkan, sejak berita mengenainya diwar-warkan beberapa bulan yang lalu, rata-ratanya telah bersedia dengan kad PLUSMiles, Touch ‘n Go atau SmartTag untuk transaksi bayaran tol.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *