Mercedes-Benz V-Class kini berada di pasaran Malaysia

By  |  0 Comments

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah mengumumkan kemasukan model baharu Mercedes-Benz V-Class di pasaran Malaysia.

Ia ditawarkan dengan dua varian iaitu V 220 d dan V 220 d Avantgarde. Disebabkan ia adalah bergantung pada tempahan, harganya adalah agak tinggi iaitu sekitar RM434,888 (tidak termasuk insurans).

Varian V 220 d hanya menawarkan lampu utama reflektor halogen dengan rim aloi bersaiz 18-inci, pintu gelongsor di sebelah pintu pemandu, sistem hiburan Audio 20, zon-tunggal penghawa dingin, paparan pelbagai-informasi TFT LCD 5.5-inci, fabrik upholstery dan kekemasan hitam pekat.

Bagi varian yang lebih mahal iaitu V 220 d Avantgarde, elemen yang ditampilkan sudah pasti lebih istimewa dna menonjol. Ini termasuklah lampu utama adaptif LED, lampu belakang LED, Easy Pack powered tailgate, pemisah petak barangan dan sedikit kekemasan krom pada luaran. Malah pintu gelongsor juga terdapat pada kedua-dua sisi.

Selain itu, ia juga ditampilkan dengan pek material kulit Lugano upholstery, kekemasan kayuan coklat gelap, roda stereng dengan butang pelbagai fungsi dan tuil gear balutan kulit Nappa, pencahayaan dalaman, suspensi Agility Control dengan peredam.

Bukan itu saja, ia turut didatangkan dengan kamera parkir 360-darjah, tempat duduk boleh laras, zon-berkembar penghawa dingin, sistem COMAND Online dengan navigasi, sistem bunyi Burmeister dengan 16 pembesar suara, kerusi hadapan boleh berpusing dan ruang tempat duduk yang lebih luas.

V220_Ext_24

Di bawah hudnya, Mercedes-Benz V-Class dijanakan oleh enjin 2.1 liter turbodiesel yang mampu menghamburkan kuasa sehingga 163 hp dan tork 380 Nm. Ia dipadankan dengan transmisi automatik 7G-Tronic tujuh-kelajuan dengan turut menampilkan pedal penukar gear.

Bagi elemen keselamatan standard, kedua-dua varian turut didatangkan dengan enam beg udara, kawalan kestabilan, bantuan mula mendaki, Attention Assist dan Crosswind Assist. Selain itu, dengan kos tambahan, pemilik boleh menambah Bantuan Elak Pelanggaran, Kawalan Kelajuan Adaptif Distronic Plus, Bantuan Isyarat Trafik, Bantuan Titik Buta dan Bantuan Lampu Tinggi Adaptif.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *