Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad diperkenalkan & harga RM69,888

By  |  0 Comments

Limited Edition SUZUKI Swift RR2 (Side_Front view)

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd. telah melancarkan Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad iaitu selaras dengan pelancaran wajah baharu kereta kompak terlarisnya, Suzuki Swift baharu.

Selain Suzuki Swift RR2 Edisi Terhad, varian lain yang turut ditawarkan bagi Swift baharu ini ialah GA, GL dan GLX.

“Kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik untuk memenuhi keperluan pemandu tanpa berkompromi mengenai kualiti. Dengan RR2, kami berjaya menyuntik keseronokan dan gaya ke satu tahap baru di mana ia sentiasa sinonim dengan jenama Swift,” ujar Keiichi Suzuki, Pengarah Urusan Suzuki Malaysia Automobile.

Memiliki spesifikasi yang sama dengan Suzuki Swift GL baharu, model RR2 Edisi Terhad ini telah didatangkan dengan ciri-ciri tambahan yang penuh bergaya termasuk rim aloi metalik bersaiz 16-inci, pelekat rekaan yang lebih sporty untuk bahagian hadapan dan sisi serta kit kereta premium dengan sambungan lengkung roda.

Selain itu, ia turut menampilkan cermin sisi berwarna dan boleh laras secara elektronik, audio premium dengan USB dan empat pembesar suara dan pembuka pintu krom.

RR2 Edisi Terhad ini hanya terdapat dalam dua pilihan warna iaitu Bayside Blue dan Supreme Red sahaja.

Limited Edition SUZUKI Swift RR2 (Side_Back view)

Dijanakan oleh enjin petrol 1.4liter dengan kuasa maksimum sehingga 95PS pada 6,000rpm dan puncak tork 130Nm pada 4,000rpm. Turut menawarkan minimum 5.2m radius pusingan dan membuatkan ia kereta kompak yang sempurna untuk pemanduan di kota.

Manakala kapasiti muatan pula tampil sejumlah 211 L (dengan tempat duduk belakang dilipat) dan tangki bahan api berkapasiti 42 liter.

Selain itu, ia turut menampilkan dua beg udara SRS, Bantuan Brek (BA) dan Brek Antikunci (ABS) dengan Edaran Kuasa Brek Elektronik (EBD).

RR2 Edisi Terhad ini dijual pada harga RM69,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM72,524 untuk Sabah dan Sarawak.

Pemilik Swift juga akan menikmati jaminan 3+2 tahun di mana terma jaminan akan ditepati dan dilakukan oleh pusat servis Suzuki yang diiktiraf, bermula dari tarikh pembelian sehingga berakhirnya tempoh jaminan tersebut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq