Usul JKJR berhubung penguatkuasaan penggunaan kerusi khas bayi dipercepatkan dibantah

By  |  0 Comments

paultan.org_free_child_seat_rental_-005

Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) menerima banyak bantahan mengenai penguatkuasaan penggunaan kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta disebabkan faktor harga yang mahal, memetik laporan Bernama.

Menurut Ketua Pengarah JKJR, Abdul Ghafar Yusof, pihaknya telah menerima pelbagai respons berhubung penguatkuasaan itu termasuk bantahan kerana ramai yang berpendapat, cadangan ini bakal membebankan mereka.

“Kerajaan baru-baru ini telah mewajibkan penggunaan kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta mulai 2019 bagi tujuan keselamatan, sekali gus dapat mengurangkan kadar kecederaan atau kematian akibat kemalangan jalan raya. Berikutan itu, kami telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak dan ada yang minta ia dipercepatkan tetapi pada masa sama, lebih banyak pihak membantah kerana kos sebuah kerusi berkenaan mahal iaitu antara RM600 dan RM3,000,” katanya.

Abdul Ghafar berkata pihaknya percaya penguatkuasaan itu bukan untuk membebankan rakyat, sebaliknya ia adalah langkah tambahan keselamatan untuk bayi dan kanak-kanak.

Katanya memang ada kerusi khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kereta yang murah di pasaran ketika ini tetapi ia tidak memenuhi piawaian keselamatan yang ditetapkan.

“Setakat ini, belum ada cadangan untuk memberi subsidi kepada pengguna kerusi khas berkenaan dan mungkin kerajaan boleh mempertimbangkan untuk kecualikan cukainya kerana kebanyakannya diimport. Jika cukai dikecualikan, harga yang ditawarkan kepada pengguna mungkin dapat dikurangkan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata sebagai langkah permulaan, pihaknya akan mengadakan kempen advokasi penggunaan kerusi khas itu selama empat tahun.

Beliau berkata, dalam tempoh itu orang ramai akan dididik berhubung kepentingan menggunakan kerusi khas tersebut khususnya terhadap keselamatan bayi dan kanak-kanak sebelum peraturan itu dikuatkuasakan sepenuhnya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq