Akleh beri rebat diskaun tol 5% untuk pengguna Kelas 1 selama 3 bulan mulai 9 Sept ini

By  |  0 Comments

AKLEH

Khas untuk pengguna kenderaan kelas satu yang membuat pembayaran tol secara elektronik di Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), syarikat pengendalinya, Projek Lintasan Kota Sdn Bhd (Prolintas) telah mengumumkan pemberian rebat diskaun tol sebanyak 5 peratus selama tiga bulan mulai 9 September ini.

Rebat itu diberikan kepada pengguna yang membuat bayaran menggunakan rangkaian kad Touch ‘n Go, kad Zing dan MyKad di Plaza Tol Datuk Keramat. Pemberian rebat ini akan berlangsung sehingga 8 Disember ini.

Menurut CEO Prolintas, Datuk Ir Zainudin A.Kadir, pemberian rebat itu adalah bersempena pelaksanaan penuh kutipan tol secara elektronik, mulai tengah hari 9 Sept ini.

Penebusan rebat boleh dilakukan dalam tempoh sebulan selepas tamat transaksi pada akhir sesuatu bulan di kaunter Pusat Khidmat Pelanggan AKLEH yang dibuka bermula 7 pagi hingga 10 malam setiap hari termasuk cuti umum sepanjang tawaran berlangsung.

Bagaimanapun, penebusan tidak dibenarkan selepas dari tarikh yang ditetapkan untuk sesuatu bulan penggunaan.

Prolintas turut menasihatkan pengguna untuk mendapatkan kad Touch ‘n Go secara percuma dengan hanya membayar kadar kredit RM5 sementara stok masih ada.

Penjualan dijalankan di lorong-lorong tunai untuk memudahkan para pengguna AKLEH mendapatkan kad mereka sebelum tarikh pelaksanaan nanti.

Unit Smart Tag juga akan ditawarkan pada harga istimewa RM99 pada 9 Sept 2015 selagi stok masih ada, katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian kecemasan AKLEH di talian 1-300-88-1012 untuk maklumat lanjut.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *