Galeri : Suzuki Swift facelift diperagakan di Tesco Mutiara Damansara

By  |  0 Comments

Swift_FL_02

SUZUKI Malaysia Automobile Sdn Bhd (SMA), telah mengumumkan tempahan bagi pra-jualan Suzuki Swift baharu telah pun dibuka mulai 16 Jun 2015. Ia hadir dengan tiga varian iaitu GA, GL dan GLX.

Walau pun masih belum dilancarkan secara rasmi, namun kelibatnya telah mula diperagakan di Tesco Mutiara Damansara, jadi bagi sesiapa yang ingin melihat perubahan baharu pada model hatchback generasi ketiga ini, bolehlah ke lokasi berkenaan.

Mengalami perubahan yang agak minimal, Swift baharu ini tampil dengan bampar hadapan yang diberi penambah baikan dengan corong udara yang lebih besar serta lampu nyalaan siang LED (untuk varian GLX) serta lampu brek ketiga LED.

Selain itu, varian GLX turut ditampilkan dengan rim bersaiz 16-inci baharu dan sistem navigasi dengan skrin sesentuh. Manakala bagi varian GA pula, ia tampil dengan elemen yang ada pada model GL terdahulu termasuk bampar rekaan baharu, rim keluli bersaiz 15-inci dan hanya memiliki satu pilihan warna sahaja iaitu Bayside Blue.

Swift baharu ini dijanakan oleh enjin 1.4 liter dengan kuasa maksimum 95PS pada 6,000 rpm dan memiliki jejari pusingan minimum 5.2m. Ia juga bakal dilengkapi dengan dua beg udara, Bantuan Brek, ABS dan EBD.

Swift_FL_13

Harga atas jalan yang ditawarkan (termasuk GST dan tanpa insurans) bagi ketiga-tiga varian ini bermula RM59,000 bagi Swift GA, GL pula RM65,000 dan RM73,000 untuk GLX.

Pemilikan Swift baharu ini juga bakal didatangkan dengan waranti selama lima tahun atau 150,000 km (mana yang tiba terlebih dahulu).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *