SISMA Auto buka pusat 3S Jaguar-Land Rover baharu di Glenmarie

By  |  0 Comments

Sisma_02

Sebelum melancarkan beberapa model baharu sebelum penghujung tahun ini, SISMA Auto Sdn Bhd iaitu wakil penjual dwijenama Jaguar dan Land Rover telah mengembangkan lagi rangkaian mereka.

Hari ini, SISMA Auto telah melancarkan pusat 3S terbaharu mereka yang terletak di Glenmarie, Shah Alam, yang merupakan cawangan kedua yang dibuka pada tahun ini. Sebelum ini, cawangan pertama mereka telah pun beroperasi di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang dibuka pada Oktober 2014.

Sisma_05

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim berkata, syarikatnya ingin memperluaskan lahi dwijenama Jaguar dan Land Rover di pasaran tempatan. “Kami akan memastikan bahawa pelanggan kami dapat menikmati sepenuhnya pengalaman memiliki kenderaan jenama ini. Malah kami juga ada menyediakan perkhidmatan mengambil dan menghantar semula kenderaan pelanggan untuk selenggara”.

Pusat 3S SISMA Auto Glenmarie ini terletak di Taman Perindustrian Temasya, Glenmarie. Dengan kawasan seluas 25,000 kaki persegi, pusat ini mampu memperagakan empat model Jaguar dan enam bagi Land Rover dalam satu masa. Malah turut menyediakan ruang penyelenggaraan bagi sistem mekanikal dan elektrik, ketukangan badan keluli dan aluminium serta banyak lagi.

Bukan itu sahaja, SISMA Auto turut berbelanja besar bagi menyediakan peralatan dan kelengkapan paling canggih termasuklah peralatan Roda Laser Cahaya Biru Corghi yang membolehkan penjajaran dengan kejituan yang tinggi.

Selain itu, di pusat 3S ini juga menyediakan ruang lounge untuk keselesaan pelanggan, bahagian konfigurasi kenderaan dan ruang penghantaran khas serta ruang parkir yang mencukupi.

Dalam masa yang sama, SISMA Auto juga mengesahkan bakal melancarkan beberapa model baharu termasuklah Landr Rover Discovery Sport, Jaguar XF serba baharu, Jaguar XE dan Jaguar F-Pace tidak lama lagi.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *