Kilang Akashi Kikai bagi produksi transmisi enjin tercanggih di Malaysia dilancarkan

By  |  0 Comments

P2_Kikai1

Akashi Kikai Industry (M) Sdn Bhd, kilang pengeluar bagi Transmisi Automatik Elektronik (E-AT) tercanggih di Malaysia telah pun dilancarkan semalam.

Terletak di Sendayan TechValley, Seremban, Negeri Sembilan, majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Haji Mohamad Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Kilang E-AT, yang turut membekalkan enjin transmisi manual serta beberapa komponen lain, telah mengeluarkan kos pelaburan sebanyak RM200 juta untuk membangunkan fasiliti produksi bagi mengeluarkan transmisi khas untuk Perodua.

“Untuk tahun ini, Perodua mensasarkan rekod jualan baharu sebanyak 208,000 unit kenderaan dan dalam masa yang sama, Akashi Kikai akan menjadi sangat sibuk untuk memproduksikan komponenan yang sangat diperlukan,” ujar Pengerusi Perodua, Tan Sri Asmat Kamaludin.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut ialah Presiden & CEO Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh, Presiden Akashi-Kikai Industry Co Ltd Noriyoshi Matsushita dan Pengarah Urusan AKI(M) Namura Hideki.

Beroperasi sejak Mac tahun lalu, Akashi Kikai telah membekalkan lebih 180,000 unit E-AT kepada Perodua. Malah turut memproduksikan transmisi manual atas permintaan Perodua sendiri.

EMY_0601

Datuk Aminar pula berkata, Akashi Kikai merupakan satu perkara yang penting bagi pelan lima tahun strategik Perodua untuk menjadi lebih berdaya saing.

“Kami sangat gembira apabila Malaysia terpilih untuk projek ini dan membuktikan bahawa negara ini masih menjadi pilihan lokasi pelaburan bagi para pelabur luar. Malah kami juga berharap lebih banyak pembekal tempatan diberi peluang oleh Daihatsu dan Akashi Kikai Industry untuk terbabit dalam penghasilan model yang akan datang,” ujar Aminar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *