Land Rover Discovery Sport SD4 bakal berada di pasaran hujung Julai ini

By  |  0 Comments

LR_DiscoSport_Ext_03

Jumaat lalu, Infokereta.com memenuhi jemputan daripada Land Rover untuk memandu uji pelbagai modelnya dalam pemanduan secara off-road di Sepang. Sebelum acara pandu uji tersebut berlangsung, Land Rover telah melakukan kejutan dengan mempamerkan model Land Rover Discovery Sport SD4 yang dijangka mula berada di pasaran pada hujung Julai ini.

SUV mewah tujuh-tempat duduk ini (atau 5+2) adalah menggantikan Freelander 2, dan ia bakal ditawarkan dengan dua pilihan ‘jantung’ iaitu enjin petrol 2.0 liter pengecas turbo dengan kuasa 240 PS dan 2.2 literFord/PSA turbodiesel bersama kuasa 190 PS/420 Nm. Buat setakat ini, harga dan perician selanjutnya masih belum didedahkan lagi.

Model yang dipamerkan secara eksklusif ini tampil dengan warna luaran Ebony. Penjana kuasanya turut dipadankan dengan transmisi automatik sembilan-kelajuan dan dilengkapi dengan pedal penukar gear.

Kelihatan ia ditampilkan dengan lampu utama xenon dengan lampu nyalaan siang, pintu belakang berkuasa, bumbung panoramik dan sistem audio Meridian. Malah ia juga menampilkan tempat duduk hadapan dengan pelarasan elektronik, kamera undur dan skrin sesentuh bersaiz lapan-inci. Land Rover turut menampilkan konfigurasi mood pencahayaan dan sistem navigasi HDD.

Untuk perician lanjut mengenai Disco Sport ini, kena nantikan hari pelancarannya, barulah Land Rover Malaysia akan membongkarkan segala-galanya.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *