Lexus Malaysia tawar promosi istimewa untuk model ES & NX

By  |  0 Comments

NX200T_Ext_04

Bagi yang sedang merancang untuk memiliki model Lexus ES atau NX, ada berita baik buat anda. Lexus Malaysia menawarkan promosi istimewa dan hadiah menarik pada bulan Jun ini bagi yang mahu membeli salah satu model berkenaan.

Bagi Lexus ES, ia didatangkan dengan pakej servis percuma selama lima tahun/100,000 km, cukai jalan dan insurans percuma untuk tahun pertama serta Lexus Solar & Security Film percuma.

All-New Lexus ES

Selain itu, 10 pelanggan pertama yang memandu uji model NX pada 20-21 dan 27-28 Jun ini di semua bilik pameran Lexus seluruh negara akan menerima hadiah istimewa. Manakala lima pelanggan pertama yang menempah model berkenaan akan mendapat model die-cast NX200t.

Malah mulai esok sehingga 14 Jun ini, Lexus Malaysia juga akan menganjurkan siri jelajah di South Atrium, The Garden Mall, Mid Valley dan inilah peluang anda untuk melihat secara lebih dekat barisan model Lexus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *