Pusat 3S Mazda Permas Jaya telah dilancarkan

By  |  0 Comments

KEL81942-New

Mazda menerusi pengedar utamanya di Malaysia, Bermaz, memacu langkah lebih gemilang dengan menambah bilangan pusat 3S (jualan, servis & alat ganti) dan hari ini satu lagi pusat 3S telah dibuka dengan memilih lokasi di Permas Jaya, Johor Bahru.

Dioperasikan oleh Azam Motors Sdn. Bhd, Pusat 3S Mazda terbaharu ini terletak di lokasi yang cukup strategi dan disasarkan untuk pelanggan Mazda yang berada di kawasan Johor Bahru dan sekitarnya. Hingga kini Bermaz telah pun memiliki 78 buah cawangan Mazda di seluruh Malaysia dan Pusat 3S Mazda Permas Jaya ini merupakan Pusat 3S Mazda yang ke-31 di negara ini.

Mazda-JB-Launch 001

Terletak di kawasan seluas 45,000 kaki persegi, Pusat 3S Mazda ini turut mempamerkan model-model terkini Mazda termasuklah Mazda2, Mazda3, Mazda6, Biante dan BT50. Ia turut memiliki sembilan petak penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 50 unit kenderaan sehari.

Dengan pelaburan sebanyak RM3 juta untuk Pusat 3S Mazda Permas Jaya dan ini merupakan cawangan ketiga yang dioperasikan oleh Azam Motor, selain di Taman Sutera, Skudai dan Indahpura, Kulai.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *