Lexus ES sedia untuk dipandu uji

By  |  0 Comments

All-New Lexus ES

Model sedan premium mewah, Lexus ES yang diperkenalkan pada Oktober 2013 lalu kini sudah menerima lebih daripada 400 tempahan. Berikutan respons yang bagus terhadap model ini, Lexus Malaysia mahu membawa masuk lebih banyak unit ES ke sini untuk memenuhi permintaan yang agak tinggi itu.

Dibaluti dengan pelbagai elemen kemewahan dan elegan, Lexus ES ini dijual bermula pada harga RM259,800 seunit. Malah sepanjang bulan Mac ini, Lexus Malaysia turut membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk merasai pengalaman memandu uji model ini dan menikmati pelbagai promosi menarik yang ditawarkan. Sesi pandu uji ini melibatkan semua cawangan bilik pameran Lexus yang terletak di Mutiara Damansara, Jalan Sultan Ismail, Jalan Sungai Besi, Penang dan Johor Bahru.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *