Volkswagen anjur bengkel Keselamatan Penumpang Kanak-kanak

By  |  0 Comments

2

Volkswagen telah menjalin kerjasama dengan Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) untuk menjalankan modul latihan keselamatan penumpang kanak-kanak (CPS) di 280 pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh negara. Latihan itu bermatlamat meningkatkan aspek keselamatan kanak-kanak di dalam kenderaan dan disasarkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pengarah Sumber Manusia Volkswagen Malaysia, Puan Sharifah Salmah Syed Harun berkata, “Ramai ibu bapa beranggapan cara paling selamat untuk membawa bayi adalah dengan meriba di pangkuan mereka. Jadi, bukan perkara asing jika kita melihat kanak-kanak diriba oleh ibu atau bapa masing-masing. Matlamat kami adalah untuk menukar set minda dan membantu para ibu bapa supaya mengambil langkah sewajarnya demi memastikan keselamatan anak mereka ketika berada di dalam kenderaan.”

VW SAFETY

Di Malaysia sahaja, lebih 400,000 kemalangan jalan raya direkodkan pada tahun 2012 dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam statistik yang mengejutkan ini. Menurut laporan MIROS pada tahun 2011, kanak-kanak merupakan kumpulan pertama dan kedua yang maut akibat kemalangan. Ia melibatkan kanak-kanak berusia 1-4 tahun (43.8%) dan 5–9 tahun (30.2%).

Menerusi kempen ini, para jurulatih CPS dari rangkaian PPBM akan melatih para pengendali pusat jagaan kanak-kanak untuk mendidik kira-kira 28,000 ibu bapa mengenai pentingnya penggunaan tempat duduk kanak-kanak dengan betul bagi mengelakkan kecederaan dan kematian.

Selain menjalankan model latihan CPS, Volkswagen Malaysia juga akan menyumbang sebanyak 200 unit tempat duduk keselamatan Volkswagen dan 10,000 salinan kad keselamatan jalan raya yang lengkap kepada PPBM. Ini bagi menyokong usaha mendidik dan meningkatkan kesedaran mengenai isu terbabit.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *