McLaren 675LT muncul dengan enjin 3.8L Twin-turbo & hamburan kuasa 675 Hp

By  |  0 Comments

McLaren-675LT-14

Penghujung Januari lalu, McLaren telah mendedahkan nama bagi produk terbaharu mereka yang akan dipertontonkan di Geneva Motor Show 2015 yang bakal berlangsung pada Mac ini.

Menamakan model baharu ini sebagai McLaren 675LT (Longtail), ia dikatakan sebagai “jentera paling ringan, paling pantas dan versi paling asli dalam rangkaian”.

McLaren-675LT-18

McLaren 675LT mampu menghamburkan kuasa sehingga 675 Hp dan tork setinggi 700 Nm hasil padanan enjin 3.8 liter twin-turbo, iaitu 25 Hp dan 22 Nm lebih berkuasa berbanding dengan model 650S Coupe.

Malah jentera McLaren ini juga hanya seberat 1,230 kg setelah barisan juruteranya berjaya ‘menyingkirkan’ berat sebanyak 100 kg. Dengan pengurangan berat ini membolehkan 675LT dipacu dari 0-100 km/j dalam hanya 2.9 saat!

675LT boleh didapati dalam empat pilihan warna baharu iaitu Chicane Grey, Delta Red, Silica White dan Napier Green, selain Heritage McLaren Orange.

Pada bahagian kabinnya, kelihatan tempat duduk bucket dengan material gentian karbon yang ringan dibaluti kulit Alcantara bersama logo “675LT’ pada bahagian perehat kepala. McLaren turut menyambungkan kawalan penghawa dingin pada skrin sesentuh bagi sistem hiburan.

McLaren telah mengesahkan jentera 675LT ini bakal dipertontonkan secara rasmi di Geneva Motor Show pada 3 Mac ini.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq