Audi R8 gen-2 membara dengan enjin 5.2L V10

By  |  0 Comments

Pertengahan Februari baru-baru ini, Audi menayangkan foto teaser model supercar R8 generasi kedua yang bakal muncul di Geneva Motor Show minggu hadapan.

Memaparkan definasi tulen dengan evolusi penggayaan yang tersendiri, Audi R8 ini menerima padanan gril hadapan berbingkai tunggal dengan paten sarang lebah yang diapit lampu utama LED standard atau kluster pencahayaan lazer yang mampu memberikan sudut pandangan sehingga 600 meter.

Pada profil sisi pula kelihatan bentuk kontur dengan garisan yang lebih ketara bersambung ke arah bahagian tayar. Ia menampakkan R8 ini lebih panjang dan lebih dinamik.

Menjengah bahagian belakangnya pula, lampu LED telah diperkemaskan dan kedudukannya bersama saluran udara menampakkan imej yang lebih maskular buat R8 ini. Ditambah pula dengan spoiler belakang dan fixed wing yang diperbuat daripada gentian karbon menyerlahkan lagi imejnya. Peresap bersaiz besar yang diposisikan antara paip ekzos berbentuk trapezoid dengan kedudukan cermin belakang membuatkan R8 ini kelihatan lebih garang.

Berkenaan dengan penjana kuasanya, Audi telah merombak kembali bahagian tersebut dan menampilkan enjin 5.2 liter V8 FSI dengan dua talaan iaitu model asas mampu menghamburkan kuasa sehingga 540 Hp dan tork setinggi 540 Nm. Manakala model V10 Plus pula lebih berkuasa dengan hamburan 610 Hp dan 560 Nm.

Ledakan prestasinya menunjukkan Audi R8 ini hanya memerlukan masa 3.5 saat untuk dipacu dari 0-100 km/j sebelum mencapai kelajuan maksimum pada 320 km/j. Sementara itu, bagi mod PLUS pula, ia hanya mengambil masa sekitar 3.2 saat sebelum meledak pada kelajuan maksimum 330 km/j.

Kedua-dua versi juga telah dipadankan dengan kotak gear S Tronic tujuh-kelajuan dengan tiga kawalan mod automatik dan manual. Ia menghantar kuasa pada sistem pacuan semua-roda quattro yang dilengkapi dengan klac multi-plat elektrohidraulik.

Pada operasi normal, 100 peratus kuasa yang disalurkan oleh tork pemanduan dihantar pada gandar belakang dan jika diperlukan klas juga mampu menghantar 100 peratus lagi kuasa menerusi tork ini pada roda hadapan.

Bagi model asas, ia turut dilengkapi dengan tayar 245/35 R19 untuk bahagian hadapan dan belakang pula dipadankan dengan 245/30 R20. Ia juga menampilkan cakera brek keluli bagi R8 standard dan cakera seramik gentian karbon intuk R8 V10 Plus.

Audi-R8-2015-1

Bagi bahagian kabinnya, Audi telah menampilkan tempat duduk bucket baharu dengan kokpit yang membawakan rekaan lebih lebih sporty iaitu Audi Virtual 12.3 inci yang menggantikan rekaan lama yang kelihatan lebih ‘bersepah’ dengan pelbagai butang dan tombol kawalan.

Pemiliknya juga mempunyai pilihan sama ada material kulit Alcantara/Pearl Nappa dan Nappa upholstery dengan kekemasan gentian karbon. Dengan kos tambahan juga, sistem bunyi Bang & Olufsen berkuasa 500-watt juga boleh dipilih.

Audi R8 generasi kedua ini dijangka mula berada di pasaran pada musim panas ini dengan harga bermula €165,000 untuk model standard dan dari €187,400 bagi R8 V10 Plus.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *