Mitsubishi Concept XR-PHEV II tampil dengan karakter yang lebih segar

By  |  0 Comments

Mitsubishi-concept-XR-Phev-II

Selepas memperkenalkan model konsep GC-PHEV di Chicago Auto Show minggu lalu, Mitsubishi telah bersiap sedia untuk membawa model konsep XR-PHEV II ke Geneva awal Mac ini.

Mitsubishi Concept XR-PHEV II ini bukanlah model konsep serba baharu kerana ia adalah kesinambungan XR-PHEV yang pernah dipertontonkan di Tokyo Motor Show pada November 2013.

Kelihatan rekaan yang tidak banyak berbeza berbanding dengan model konsep terdahulu. Namun untuk menampakkan sedikit kelainan dan kesegaran, bahagian bawah gril hadapan kini berbentuk trapezoid dan disambung ke corong udara. Malah model konsep XR-PHEV II ini turut menampilkan kelainan pada lampu utama dan rim aloi dan gril hadapan yang direka semula.

Kenderaan pacuan tayar-hadapan plug-in hybrid ini bekerjasama dengan enjin pembakaran konvensional dan motor elektrik dengan kuasa 163 hp serta bateri 12 kWh. Gabungan penjana kuasa tersebut dikatakan mampu menghasilkan hamburan kuasa dan tork yang tinggi bagi kenderaan urban crossover ini, malah memberikan pelepasan CO2 kurang daripada 40 g/km.

Mitsubishi Concept XR-PHEV II ini boleh bertukar dari mod semua-elektrik ke siri hibrid atau hibrid selari bergantung pada situasi pemanduan dan juga tahap penggunaan bateri. Pemandu juga boleh memilih mod pemanduan secata manual sama ada menggunakan Battery Save atau Battery Charge.

Model konsep dengan kapasiti empat-tempat duduk ini memiliki ukuran 4490mm panjang, 1890 lebar, 1620 tinggi dan 2670mm jarak roda.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *