Mazda 6 facelift versi CBU bakal tiba Mac ini – Turut dalam perancangan memperkenalkan unit CKD kelak

By  |  0 Comments

Mazda6 2016_17

Nampaknya tahun ini Mazda menerusi Bermaz melangkah lebih agresif bagi merancakkan lagi industri automotif di Malaysia. Selepas memperkenalkan Mazda 2 pada Januari lalu, unit CKD bagi Mazda 3 pula bakal dilancarkan pada Mac ini.

Tidak cukup dengan itu, sumber dari Bermaz turut memaklumkan bahawa model facelift bagi Mazda 6 akan mendarat di pengkalan Malaysia tidak lama lagi, sama ada pada Mac atau selewat-lewatnya April ini.

Mazda6 2016_16

Dibawakan terus dari Jepun, Mazda 6 ini yang diperkenalkan di Los Angeles pada tahun lalu telah menerima beberapa elemen baharu termasuklah bahagian depan yang menampilkan lampu utama projektor LED dengan lampu pencahayaan siang seperti Mazda 2, kepingan plastik melintang pada bahagian gril dan juga lampu kabus dengan lingkaran krom. Malah bahagian belakang juga turut diberikan lampu LED baharu.

Menjengah bahagian kabinnya, terdapat perubahan yang agak besar dilakukan termasuklah papan pemuka yang direka semula, padanan kluster instrumen baharu, bentangan penukar gear yang lebih kemas, skrin sesentuh yang disambung pada sistem hiburan MZD Connect dan brek parkir elektronik.

Mazda6 2016_40

Bagi Mazda 6 ini, butang Pemilihan Pemanduan telah ditambah pada transmisi automatik SkyActiv-Drive enam-kelajuan, termasuk mod Sport yang lebih responsif. Walau bagaimana pun enjin petrol 2.0 liter dan 2.5 liter SkyActiv-G empat-silinder tiada perubahan.

Bagi elemen keselamatan pula, ia turut menampilkan lampu utama adaptif, Lane-keep Assist System (LAS), Lane Departure Warning system dan Driver Alert. Bukan itu sahaja, ia turut mengekalkan Smart City Brake Support (SCBS) dan Pre-crash Throttle Control (PTC). Malah turut memperbaharui Blind Spot Monitoring (BSM) dengan Rear Cross Traffic Alert (RCTA).

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *