Proton naik taraf pusat jualan di Bintulu

By  |  0 Comments

Pic 1

Proton telah pun menaik taraf pusat jualannya di Bintulu, Sarawak, menjadi Pusat 3S Proton sebagai memenuhi permintaan ramai.

Majlis pelancarannya telah pun disempurnakan oleh CEO Proton Edar Sdn Bhd. Norzahid Mohd Zahudi baru-baru ini.

Pusat 3S Proton Supernau atau turut dikenali sebagai Supernau Motors Trading Sdn Bhd, merupakan wakil pengedar Proton sejak 14 tahun yang lalu. Berada di kawasan seluas 1,200 kaki persegi, pusat 3S ini terletak di Lot 4401, Jalan Tun Razak, Tanjung Batu, Bintulu. Dengan kos pelaburan bernilai RM4 juta, selain Bintulu, Pusat 3S ini turut memberikan perkhidmatan bagi pelanggan yang menetap di sekitar Tatau, Sedauh dan Mukah.

Bercakap pada majlis pelancarannya, Norzahid berkata, penaiktarafan pusat ini turut didorong oleh peningkatan jumlah pelanggan Proton di daerah berkenaan.

“Proton Edar telah melakukan pelbagai inisiatif transformasi bagi menaik taraf beberapa pusat 3S dan 4S. Ini termasuklah penaiktarafan Pusat 3S Bintulu yang diuruskan oleh wakil pengedar Proton, Sepanau. Ia mensasarkan perkhidmatan untuk pelanggan di sekitarnya,”ujar Norzahid.

Buat masa ini, Proton Edar sudah pun memiliki dua cawangan di Bintulu dan Supernau merupakan pusat 3S pertama di sana.

Puxat 3S Supernau ini dilengkapi dengan lounge bagi para pelanggan, bilik mesyuarat, perkhidmatan WiFi berkelajuan tinggi, dan empat petak penyelenggaraan yang mampu menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan sehari.

Pic 3

Dalam majlis yang sama, Proton turut menyerahkan tiga unit model Iriz pada pembelinya iaitu Nur Shazwanie Mahmud, Nelson Anak Akok dan Abd Rahman Wahad.

Malah berita baik bagi penduduk Sarawak, sempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina ini, Proton turut menawarkan pakej promosi istimewa dengan rebat tunai sehingga RM7,988 bagi model terpilih.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *