Premium insurans kenderaan bermotor naik mulai 23 Feb ini

By  |  0 Comments

INSURANS

Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah mengumumkan bahawa pengguna kenderaan bermotor perlu membayar premium insurans lebih tinggi sejajar pelarasan premium tarif motor di bawah Rangka Kerja Perlindungan Motor Baharu yang diperkenalkan pada 2012, berkuatkuasa mulai 23 Feb ini.

Berita yang disiarkan oleh akhbar Berita Harian ini turut menyebut, rangka kerja yang diperkenalkan Bank Negara Malaysia (BNM) ini adalah bagi menangani isu struktur dalam sektor insurans motor menerusi kaedah pelarasan harga secara beransur-ansur tetapi pada masa memastikan orang ramai mampu membeli insurans pada premium yang berpatutan.

Pelarasan premium tarif motor di bawah rangka kerja itu dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh empat tahun mulai 2012.

Mengikut pelarasan diperkenalkan pada 2012 itu, bagi perlindungan pihak ketiga, premium insurans bagi motosikal berkapasiti 110cc akan mengalami kenaikan antara RM1.00-RM3.50 setiap tahun (iaitu maksimum 30 sen setiap bulan) dalam jangka masa empat tahun.

Bagi kereta persendirian yang berkapasiti 1,400cc, pelarasan premium adalah antara RM6 hingga RM34 setiap tahun (maksimum RM2.80 setiap bulan) dalam jangka masa yang sama.

Di mana pindaan terbabit dilaksanakan bagi kereta persendirian, teksi awam dan bas ekspres, manakala kadar untuk lain-lain jenis kenderaan tetap sama.

PIAM juga sudah melaksanakan perkhidmatan Pusat Panggilan Bantuan Kemalangan (AACC) bagi memberi bantuan kecemasan kepada pemandu yang terbabit dalam kemalangan jalan raya.

Talian hotline 1300-22-11-88 yang beroperasi 24 jam seminggu menawarkan perkhidmatan menunda kenderaan yang terbabit dalam kemalangan dan melayani pertanyaan tuntutan untuk membantu mangsa kemalangan di seluruh negara.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *