Mazda 3 CKD dijangka bakal diperkenalkan Mac ini

By  |  0 Comments

Mazda301

Pada November 2013, pengedar jenama Mazda bagi pasaran Malaysia, Bermaz, telah pun memperkenalkan Mazda 3 sedan namun ia merupakan model bagi pasaran Australia dengan kapasiti enjin 2.5 liter. Walau bagaimana pun, ketika itu, Bermaz turut mengesahkan bahawa ia akan dibawa masuk ke pasaran Malaysia dengan varian 2.0 liter.

Baru-baru ini, sumber dari Bermaz memaklumkan model Mazda 3 pemasangan tempatan (CKD) bakal dilancarkan pada Mac ini. Bukan setakat sedan, ia juga bakal ditawarkan varian hatchback!

Mazda306

Walau pun tidak memaklumkan soal harganya, namun ia dijangka di bawah Rm100k bagi varian spesifikasi-pertengahan dan di bawah RM120k untuk varian spesifikasi-tinggi. Ternyata ia lebih murah berbanding dengan model sedan CBU yang dijual pada harga RM139k (bagi varian spesifikasi-pertengahan).

Bukan itu sahaja, Bermaz juga dijangka menawarkan varian enjin 2.0 liter SkyActiv-G dengan transmisi automatik enam-kelajuan bagi unit CKD ini.

Mengenai elemen yang ditampilkan pada unit CKD ini, Mazda masih belum memberikan sebarang pengesahan. Adakah ia akan mengekalkan elemen seperti zon berkembar penghawa dingin, kawalan kelajuan dan sebagainya seperti mana yang ada pada unit CBU? Atau adakah elemen yang ada pada varian sedan dan hatchback adalah sama seperti mana yang ditawarkan pada model Mazda2 yang baru sahaja dilancarkan pada 22 Januari lalu?

Nantikan maklumat selanjutnya kelak.

Mazda 3 sedan CBU

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *