KESAS beri 10% diskaun tol LSA sempena sambutan Tahun Baharu Cina

By  |  0 Comments

LSA Route_2

Menerusi laman web rasminya, Kesas Sdn Bhd (KESAS), pengendali konsesi Lebuh Raya Shah Alam (LSA) telah mengumumkan bahawa pengguna LSA akan menikmati diskaun tol sebanyak 10% bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Diskaun tol untuk kenderaan kelas 1 ini akan berkuatkuasa pada 19 Februari 2015 mulai 00.01pagi hingga 11.59 malam 19 Februari 2015. Dengan diskaun tol istimewa ini membolehkan pengguna LSA menikmati kadar tol sebanyak RM1.80 dari nilai biasa RM2.00, iaitu penurunan sebanyak RM0.20.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif KESAS, Hj. Imran Gulcharan Abdullah, “Pemberian diskaun ini adalah menyahut saranan pihak Kerajaan dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bagi tanggungjawab sosial korporat (CSR)”.

KESAS berharap pengguna akan menikmati faedah yang dianjurkan oleh kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Hotline KESAS di talian 03-5633 7188

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *