Nissan Teana terima penarafan 5 bintang program keselamatan ASEAN NCAP

By  |  0 Comments

teana-ncap-crash-test-pix

ASEAN NCAP telah pun mengeluarkan keputusan ujian bagi suku keempat 2014 dan antara model yang menerima Nissan teana L33 yang menerima penarafan lima bintang bagi segmen ujian Pelindungan Penumpang Dewasa (AOP) dan ujian Pelindungan Penumpang Kanak-kanak (COP).

Model Teana 2.0 XL CVT yang dipasang di Thailand untuk pasaran negara berkenaan, Malaysia dan Singapura ini menerima sebanyak 16 markah bagi ujian AOP serta juga lulus dalam ujian impak bahagian tepi UN R95

Badan berkenaan menambah, Teana menjadi model pertama yang menerima penarafan lima bintang bagi COP di dalam ujian ASEAN NCAP ini dengan markah 43 daripada 49 iaitu meliputi sejumlah 88%.

Teana merupakan model ketiga keluaran Nissan yang berjaya di dalam ujian ASEAN NCAP selepas model March pernah menerima empat bintang bagi AOP pada November 2012. Sementara itu, Almera juga pernah menerima penarafan empat bintang bagi AOP pada Julai 2013.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *