RON97 makin berkurangan disebabkan permintaan yang semakin meningkat di kalangan pengguna

By  |  0 Comments

RON-97-petrol

Dari semalam, ramai kenalan yang mengeluh bila mana kebanyakan stesen minyak yang dikunjungi telah kehabisan stok bagi RON97. Sebelum ini, perkara seumpamanya jarang berlaku melainkan ia melibatkan diesel yang sering dilaporkan kehabisan stok.

Namun sejak penurunan harga beberapa kali yang melibatkan RON97, terbaharu mulai 1 Dis, harga runcit bagi bahan api ini mengalami penurunan sebanyak 9 sen seliter menjadi RM2.46 seliter, maka ramai yang memilih untuk mendapatkan RON97.

Hari ini, Harian Metro turut menyiarkan berita yang sama dengan melaporkan bekalan petrol RON97 dalam negara berkurangan berikutan permintaan tinggi daripada pengguna selepas harga runcit bahan api itu ditetapkan mengikut kaedah pengapungan terkawal.

Sebelum ini, RON97 dikatakan kurang popular dan permintaannya hanya dalam skala yang rendah. Namun disebabkan harga baharu ini yang tidak begitu banyak berbeza dengan RON95, maka semakin ramai pengguna yang memilih RON97 kerana ia dikatakan lebih berbaloi.

Menurut Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahayuddin, masalah ini disifatkan sementara kerana pihak kerajaan telah sedia maklum mengenai situasi ini.

Beliau berkata, kekurangan ini disebabkan kebanyakan pengusaha stesen minyak di negara ini hanya menyediakan kuantiti yang sedikit di stesen masing-masing. Sebagai langkah mengatasi masalah ini, pihak KPDNKK akan mengadakan perbincangan dengan pengusaha stesen minyak.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq