Pusat Servis Quick Lane Ford membuka sembilan lagi cawangan di Malaysia

By  |  0 Comments

Photo 1

Ford Motor Company dan rakan kerjasamanya di Malaysia, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) hari ini mengumumkan sembilan buah pusat servis Quick Lane kini sudah dibuka di Semenanjung Malaysia.

Kemudahan Quick Lane ini akan membantu menyokong pertumbuhan Ford di Malaysia dan menjadi sebahagian daripada rangkaian 49 pengedar Ford yang kian berkembang di seluruh negara.

Pelancaran sembilan pusat servis ini menandakan pembukaan fasa pertama Quick Lane, dengan lebih banyak kemudahan sama bakal dibuka pada masa depan.

“Dengan fokus terhadap servis yang pantas dan efisien, Quick Lane membolehkan kami menawarkan pilihan penyelenggaraan yang lebih mudah kepada para pelanggan. Ia juga memastikan semua kenderaan boleh dibaiki dan diservis sebaiknya,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia, Ford Motor Company, David Westerman.

Photo 3

Quick Lane bertindak sebagai sebuah pusat servis ekspres yang menawarkan khidmat penyelenggaraan kenderaan dan pembaikan mudah seperti penukaran minyak enjin dan penapis, pusingan tayar, sistem brek, tayar, sistem suspensi, pembaikan kecil sistem ekzos, pemeriksaan multi-poin kenderaan secara percuma, membuat talaan serta penjajaran.

Tidak perlu membuat temu janji dibuat terlebih dahulu. Ini kerana Quick Lane akan melayan para pelanggan berdasarkan kepada siapa cepat dia dapat, dengan tempoh pembaikan tidak melebihi dua jam.

Daripada sembilan pusat servis Quick Lane itu, empat buah terletak di Lembah Klang dan masing-masing satu di Pulau Pinang, Ipoh, Juru, Johor Bahru serta Muar.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *