Laporkan keadaan jalan rosak & bermasalah menerusi aplikasi telefon pintar

By  |  0 Comments

Bad-road-2

Sejak kebelakangan ini, InfoKereta.com sering terbaca keluh kesah status rakan-rakan di media sosial Facebook berhubung dengan pelbagai masalah jalan yang rosak. Ini termasuklah antara punca berlakunya kemalangan sehingga ada yang menyebabkan kematian.

Menurut berita yang disiarkan oleh Bernama, kini orang awam boleh membuat sebarang aduan dan laporan mengenai keadaan jalan yang bermasalah melalui aplikasi telefon pintar.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, orang awam boleh menghantar gambar jalan atau kemudahan awam yang bermasalah termasuk sebarang kerosakan secara terus kepada pihak kementerian, menerusi aplikasi yang bakal diperkenalkan ini.

Beliau turut menambah, walau bagaimana pun, pihak kementeriannya hanya bertanggungjawab dengan lebuh raya dan jalan persekutuan serta kemudahan infrastruktur, bukannya yang melibatkan jalan perbandaran, negeri mahu pun kampung yang perlu dilaporkan secara terus kepada agensi terbabit terutamanya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Ini merupakan sebahagian daripada inisiatif pihak kementerian bagi memberikan sepenuh komitmen dan perkhidmatan terbaik buat seluruh rakyat Malaysia,”ujarnya, sambil menambah pihak kementerian akan sentiasa berhubung dengan orang awam termasuklah menerusi laman media sosial, seperti Facebook dan Twitter untuk menyalurkan sebarang maklumat yang berkaitan.

Ledakan adrenalin dan impak maksima. Antara barisan ayat yang paling digemari apabila menggambarkan prestasi sesebuah jentera. Sebelum terlibat di dalam industri auto pada tahun 2011, dia sekadar gemar melihat sport rim tetapi kini lebih suka menerokai kehebatan sesebuah jentera itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

judi bola euro parlay situs mix parlay euro 2024 sbobet88 bandar bola euro 2024 dominoqq bandarqq bandar qq situs bandarqq pkv games pokerqq pkvgames id pro bandarqq pkv games pokerqq slot gacor dominoqq pkv games bandarqq pkv qq